ππππππ ππππππππππ πππππ ππππππππππ πππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ ππππππ ππππ ππππππ πππππ

πππππππ ππππ ππππ ππππ πππππ ππππππ ππππ ππππππ πππππ
IPOH, PERAK 18 Disember 2025 β Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan mengurniakan watikah dalam Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Β Anggota Majlis Agama Islam Dan βAdat Melayu Perak, Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak dan Ahli Majlis Perundingan Masjid. Baginda turut berkenan menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM18,400,115.12 daripada 11 syarikat korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Royal Perak Golf Club, Ipoh Perak.
Penyerahan zakat perniagaan pada majlis ini didahului Affin Islamic Bank Berhad yang diwakili oleh Ketua Jabatan Syariah, Syed Muhammad Syed Mohamad Nasir berjumlah RM250,000.00. Disusuli, Agro Bank yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kumpulan Agrobank, Tuan Wan Rumaizi Bin Wan Husin@Abdul Aziz berjumlah RM174,598.00.
Seterusnya, penyerahan zakat perniagaan dari Bank Islam Malaysia Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan, Mohd Nazri Bin Chik dengan jumlah sebanyak RM879,000.00. Kemudian diikuti, Bank Muamalat Malaysia Berhad, yang disampaikan oleh Ketua Divisyen Shariah Dr. Muhammad Izuwan Bin Mahyudin berjumlah RM373,322.12.Β
Selain itu, Bank Rakyat yang diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, YM Tunku Datoβ Ahmad Burhanuddin Bin YM Tunku Datuk Seri Adnan berjumlah RM1,350,195.00. Selanjutnya, Bank Simpanan Nasional yang di wakili oleh Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional, Datoβ Jay Khairil Jeremy Bin Abdullah dengan jumlah RM136,000.00.
Dalam pada itu, Lembaga Air Perak yang di wakili oleh Pengurus Besar, IR. Lokman Bin Abd Rahim menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM4,510,000.00. Tambahan, Maybank Islamic Berhad yang di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Yasin Bin Abdullah dengan jumlah RM1,200,000.00.
Di samping itu, Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd. turut menyerahkan zakat perniagaan yang di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Amirul Hakim Bin Abdullah dengan jumlah RM1,415,000.00. Selanjutnya, Public Islamic Bank Berhad yang di wakili oleh Ketua Bahagian Shariah, Mohd Supian Bin Mat Nan dengan jumlah RM300,000.00.
Penyerahan zakat perniagaan diakhiri oleh Tenaga Nasional Berhad yang diwakili Presiden Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk IR. Megat Jalaluddin Bin Megat Hassan berjumlah RM7,812,000.00.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menyerahkan zakat perniagaan dan pendapatan kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan βAdat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Datoβ Seri Mohd. Annuar Bin Zaini.
Β
Hadir sama pada majlis berkenaan adalah:Β
I. Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Datoβ Seri Saarani MohamadΒ
II. Yang Dipertua Dewan Negeri Perak
III. YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Datoβ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara)Β
IV. Orang Besar Jajahan Negeri PerakΒ
V. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh Β
VI. Pengurus Besar ZAPAR, Tuan Ahmad Nazim Bin Md.Tajuri dan beberapa kenamaan lain.Β
Zakat bukan sekadar ibadah yang wajib dan dituntut oleh setiap orang Islam, tetapi juga mekanisme sosial dan ekonomi yang penting untuk melahirkan masyarakat Islam yang bersatu padu, makmur, dan seimbang dari segi kerohanian serta kebendaan.Β
