Skip to main content

INFO WAKAF

Pengenalan

Pewujudan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 yang berkuatkuasa mulai 12 Februari 2016 ini adalah satu titik baru di dalam pentadbiran wakaf di Negeri Perak kerana melalui Enakmen ini, MAIPk mempunyai kuasa yang lebih jelas di dalam mentadbir harta wakaf serta pelbagai kaedah dan instrumen wakaf kini boleh dilaksanakan oleh MAIPk menurut undang- undang berkenaan.

Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-193 pada 18 Disember 2015 telah bersetuju menubuhkan dana wakaf yang dinamakan sebagai "Waqaf Perak Ar-Ridzuan" serta menetapkan beberapa projek yang akandilaksanakan.

Kutipan dana Waqaf Perak Ar- Ridzuan akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa sumbangan wakaf akan digunakan mengikut niat pewakaf untuk membiayai projek wakaf yang dipilih oleh pewakaf.

Pewujudan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) kepada masyarakat Islam negeri Perak adalah satu bentuk penghijrahan besar MAIPk yang pasti memberi manfaat besar kepada golongan asnaf dan para muzakki di negeri ini. Keutamaan tatakelola efisien dan teratur serta berorentasi digitalisasi yang diterapkan di ZAPAR, sekaligus menyuburkan peranan institusi Islam seiring arus kontemporari. Agensi Islam perlu bergerak seiring perubahan kemajuan teknologi agar tidak terlihat tenggelam dan lapuk tanpa sebarang pembaharuan.


Teras Wakaf Perak Al Ridzuan

  • Teras Kesihatan

    Wakaf Pusat Dialisis. Wakaf ini meliputi pembinaan bangunan, penyediaan peralatan serta infrastruktur yang lengkap dan patuh syariah demi keselesaan dan kebajikan pesakit.

  • Teras Ekonomi
    • Pembinaan pusat perniagaan di atas tanah wakaf yang teratur dan lengkap dengan kemudahan.
    • Pembinaan rumah inap di atas tanah wakaf bagi memenuhi keperluan penginapan keluarga pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital.
    • Penyedian mesin basuh dan mesin pengering pakaian bagi memudahkan Masyarakat yang bermusafir di Kawasan berhampiran seperti masjid atau hospital
    • Penyediaan mesin layan diri bagi memberikan kemudahan makanan, minuman dan keperluan asas secara percuma atau bersubsidi kepada pelajar yang memerlukan.
  • Teras Pendidikan
    • Pembinaan asrama pelajar yang selesa di atas tanah wakaf bagi memastikan kebajikan pelajar terus terbela sepanjang tempoh pengajian.
    • Projek pembinaan asrama kediaman pelajar termasuk kemudahan-kemudahan berkaitan di atas tanah wakaf.
  • Teras Agama