Skip to main content

Majlis Penyerahan Zakat Istana Kinta

SIARAN MEDIA
ZAKAT PERAK AL RIDZUAN
PENGURNIAAN WATIKAH ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK DAN MAJLIS PENYERAHAN
ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK

IPOH, PERAK 30 Oktober 2025 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,831,264.89 daripada lapan syarikat korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Perak, di Istana Kinta, Ipoh.

Penyerahan zakat perniagaan di dalam majlis ini didahului Felcra Berhad yang diwakili oleh Pengarah Negeri Felcra Berhad Perak, Tuan M Zaiful Anuar Bin Zulkifli berjumlah RM1,483,830.20. Ia disusuli, Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Badrul Hisyam Bin Ibrahim berjumlah RM1,046,469.00.

Seterusnya, Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi, YBhg. Datuk Mohammed Akhiar Bin Ahmad Wazir Affandi berjumlah RM114,092.44. Selain itu, Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi, Tuan Haji Salleh Hudin Bin Kamarudin berjumlah RM1,784,234.13.

Kemudian, diikuti Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad, Pengerusi, Tuan Nor Sharifuddin Bin Yeop Sabar berjumlah RM490,969.59. Selain itu, KPJ Sri Manjung Specialist Hospital yang di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Tareq Bin Mamat berjumlah RM181,000.00

Selanjutnya, penyerahan zakat perniagaan Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd oleh Pengurus Besar Operasi, Tuan Mohd Khairiri Bin Mohamed Zubir berjumlah RM321,218.00 Penyerahan zakat terakhir oleh YP Nominees Holdings Sdn Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Hajah Rozita Binti Ramli berjumlah RM409,451.53.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat perniagaan kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Bin Zaini.

Sebelum itu, majlis didahului dengan Pengurniaan Watikah Pelantikan Kepada Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Puan Selwah Binti Haji Said.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah:

i. Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral. Dato’ Seri Diraja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin (B)

ii. Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Dato’ AB. Wahab Bin Dato’ Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Kinta

iii. Yang Dihormati Toh Seri Bijaya, Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin Bin Haji Nazari (B) Orang Besar Jajahan Manjung

iv. Yang Dihormati Toh Seri Wangsa, Dato’ Haji Ahmad Suhaili Bin Md Hashim

v. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh

vi. Pengurus Besar ZAPAR, Tuan Ahmad Nazim Bin Md. Tajuri

Zakat perniagaan yang diserahkan oleh syarikat korporat ini telah menunjukkan bahawa komitmen yang tinggi dalam membantu ekonomi dan sosial asnaf di negeri Perak. ZAPAR sentiasa komited menjalankan tugas dakwah dan aktiviti kutipan kepada individu mahupun syarikat korporat dalam melaksanakan kewajipan berzakat.