Skip to main content

Kempen #PayDayZakat - Tunaikan Zakat Pada Hari Gaji 25 Okt 2025

Kempen #PayDayZakat

KEMPEN 1

Sertai Kempen Follow, Like & Share Kami!
📢 PayDayZakat — Gaji Masuk, Rezeki Mengalir!

Rezeki bukan sekadar angka dalam slip gaji, tetapi nikmat yang menjadi teduh apabila dizakatkan. Saat memberi, Allah menambah. Saat berkongsi, hadir teduhan buat mereka yang memerlukan. Jadikan hari gaji anda lebih bermakna dengan #PayDayZakat. Tanda syukur, tanda kasih.

Dengan hanya satu klik melalui platform digital ZAPAR di https://ezakat.maipk.gov.my atau dengan membuat bayaran melalui mana-mana medium bayaran yang disediakan, termasuk di kaunter kutipan zakat yang sah di bawah seliaan ZAPAR. Sebarkan kebaikan, kongsi rezeki dan bersama-sama kita jadikan media sosial sebagai ruang pahala yang mengalir tanpa henti.

Tempoh Kempen

Aktiviti PayDayZakat akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 dan 25 November 2025, bermula pada jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan berakhir pada jam 11.59 malam (23:59 MYT) bagi kedua-dua tarikh berkenaan. Kedua-dua tarikh tersebut termasuk dalam Tempoh Kempen (“Tempoh Kempen”).
Sebarang penyertaan yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan diambil kira.

Kelayakan

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai akaun media sosial Facebook yang sah, aktif dan didaftarkan atas nama sendiri.
  2. Kakitangan Zakat Perak Al Ridzuan tidak layak menyertai kempen ini.
  3. Setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan sahaja bagi setiap tarikh/minggu peraduan.

Cara Penyertaan

Penyertaan bagi kempen ini adalah mengikut cara berikut:

Aktiviti

Cara Penyertaan

Payday Zakat

Peserta perlu melengkapkan semua langkah berikut:

  1. Follow akaun Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.
  2. Like & Share hantaran kempen ke profil Facebook peserta dan tetapkan Public.
  3. Buat bayaran bagi mana-mana jenis zakat dan hantar salinan resit bayaran beserta butiran peribadi (Nama Kempen, Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon & Emel) melalui mesej di Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.
  4. Komen pada hantaran poster:

“Saya dah join kempen ni… Jom tunaikan zakat pada hari gaji 25 Oktober” dan tag sekurang-kurangnya 5 orang kawan di ruangan komen beserta hashtag #PayDayZakat #ZakatPerakAlRidzuan #TeduhRezeki.

Hadiah

Hadiah yang disediakan bagi kempen ini berbentuk tambah nilai Touch ‘n Go eWallet dengan nilai seperti berikut:

Kategori Hadiah

Butiran Hadiah

25 Oktober 2025

25 November 2025

Tempat Pertama

RM150.00 x 1 orang

RM150.00 x 1 orang

Tempat Kedua

RM100.00 x 1 orang

RM100.00 x 1 orang

Tempat Ketiga

RM70.00 x 1 orang

RM70.00 x 1 orang

Tempat Keempat

RM50.00 x 1 orang

RM50.00 x 1 orang

Tempat Kelima

RM30.00 x 1 orang

RM30.00 x 1 orang

Tempat keenam – Kesepuluh

RM20.00 x 5 orang

RM20.00 x 5 orang

Terma & Syarat

  1. Kempen ini terbuka kepada semua pembayar zakat melalui mana-mana medium bayaran yang disediakan, termasuk platform digital ZAPAR di https://ezakat.maipk.gov.my atau di mana-mana kaunter kutipan zakat yang sah di bawah seliaan ZAPAR.
  2. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan pelbagai saluran pembayaran atas talian yang disediakan bagi kemudahan anda.
  3. KLIK DISINI untuk melihat Terma dan Syarat penuh Kempen Follow, Like & Share #PayDayZakat.
  4. Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ZAPAR.

Soalan Lazim

Bil.

Soalan

Jawapan

1.

Apakah #PayDayZakat?

#PayDayZakat adalah aktiviti yang disediakan dalam kempen Follow, Like & Share yang mengajak peserta menunaikan zakat pada hari gaji, sambil berkongsi kebaikan di media sosial.

2.

Siapakah yang layak menyertai kempen ini?

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai akaun media sosial Facebook yang sah, aktif dan didaftarkan atas nama sendiri.
  2. Setiap peserta hanya layak satu penyertaan bagi setiap tarikh kempen.

3.

Siapakah yang tidak layak menyertai kempen ini?

Kakitangan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR)

4.

Bila tempoh kempen?

25 Oktober 2025 dan 25 November 2025, bermula 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam pada setiap tarikh.

5.

Bagaimana cara menyertai?

  1. Follow akaun Facebook rasmi ZAPAR.
  2. Like & Share hantaran kempen dan tetapkan Public.
  3. Bayar mana-mana jenis zakat dan hantar salinan resit beserta maklumat peribadi melalui mesej Facebook rasmi ZAPAR.
  4. Komen pada hantaran poster dan tag sekurang-kurangnya 5 orang rakan beserta hashtag #PayDayZakat #ZakatPerakAlRidzuan #TeduhRezeki

6.

Di manakah saya boleh bayar zakat?

Mana-mana medium bayaran yang disediakan, termasuk platform digital ZAPAR di https://ezakat.maipk.gov.my atau di mana-mana kaunter kutipan zakat yang sah di bawah seliaan ZAPAR.

7.

Berapakah minima bayaran zakat yang diperlukan untuk menyertai kempen ini?

Tiada had minimum bayaran ditetapkan.

8.

Bolehkah resit pembayaran zakat yang sama digunakan untuk kedua-dua tarikh kempen?

Tidak. Setiap tarikh kempen memerlukan bukti bayaran zakat yang berasingan bagi tujuan pengesahan penyertaan.

9.

Bolehkah saya menyertai lebih daripada satu tarikh kempen?

Ya, anda boleh sertai kedua-dua tarikh kempen (25 Oktober & 25 November), tetapi setiap tarikh hanya satu penyertaan dibenarkan.

10.

Apakah bentuk hadiah bagi kempen ini?

Hadiah yang disediakan berbentuk tambah nilai Touch ‘n Go eWallet untuk peserta yang berjaya mengikut syarat dan mekanisme penyertaan.

11.

Bagaimana hadiah kempen akan diserahkan kepada pemenang?

Hadiah berbentuk tambah nilai Touch ‘n Go eWallet akan diuruskan oleh pihak ZAPAR dan diberikan terus kepada pemenang melalui saluran yang didaftarkan semasa penyertaan. Pihak ZAPAR akan menghubungi pemenang untuk mengesahkan maklumat sebelum pengagihan hadiah.

12.

Bagaimanakah kaedah pemilihan pemenang?

Semua pemenang akan dipilih melalui cabutan rawak daripada peserta yang sah dan lengkap mengikuti semua syarat penyertaan.

13.

Adakah saya boleh memilih tarikh atau cara terimaan hadiah?

Tidak. Semua hadiah akan diagihkan mengikut proses dan kaedah terimaan yang ditetapkan oleh ZAPAR. Pemenang akan dihubungi, dan hadiah akan diserahkan atau dihantar mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh ZAPAR.

14.

Apakah yang berlaku jika peserta gagal dihubungi?

Jika peserta gagal dihubungi dalam tempoh yang ditetapkan, kemenangan akan dibatalkan dan hadiah boleh diberikan kepada peserta lain yang layak mengikut budi bicara ZAPAR.

15.

Bolehkah saya menggunakan akaun Facebook yang dikongsi bersama keluarga atau rakan?

Tidak. Akaun mesti milik individu sebenar dan aktif. Akaun bersama atau palsu tidak diterima.

16.

Jika, saya tidak mempunyai akaun Facebook, bolehkah saya sertai?

Tidak, Facebook diperlukan kerana syarat kempen adalah Follow, Like & Share.