Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK

SIARAN MEDIA
ZAKAT PERAK AL RIDZUAN MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK


KUALA KANGSAR, 28 Februari 2026 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,417,188.56 yang terdiri daripada lapan syarikat korporat dan dua individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.


Penyerahan zakat didahului dengan zakat pendapatan oleh Dato’ Abdullah Bin Abdul Mannan berjumlah RM1,000,000.00. Ia disusuli, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad diwakili oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berjumlah RM364,852.56.


Seterusnya, zakat perniagaan daripada Belati diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Johawaki, Tuan Mohamad Akmal Bin Dato’ Johari berjumlah RM380,000.00. Selain itu, Boustead Plantations Berhad diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk Zulkarnain Md Eusope berjumlah RM434,000.00.


Kemudian, diikuti CelcomDigi Berhad, diwakili oleh Head of Region, Northern Region Tuan Farizad Khan Bin Msm Mohamed Ali berjumlah RM107,000.00. Selain itu, Johawaki Plantation Sdn. Bhd. yang di wakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Johawaki, Tuan Abdul Hadi Bin Dato’ Abdul Rahim berjumlah RM150,800.00


Selanjutnya, penyerahan zakat perniagaan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Lembaga, Tuan Mohd Riza Bin Halim berjumlah RM250,000.00. Begitu juga dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menyerahkan zakat perniagaan yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Mastura Bin Mohd Khalid berjumlah RM200,000.00.


Penyerahan zakat pendapatan yang seterusnya daripada Dato’ Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal berjumlah RM2,300,000.00. Penyerahan zakat perniagaan yang terakhir daripada TM Technology Services Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Besar Rangkaian TM Negeri Perak, Tuan Haji Sallehuddin Bin Khalif berjumlah RM230,536.00.


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Bin Zaini.


Zakat adalah manifestasi ketaatan kepada perintah Allah SWT bagi menyucikan harta dan jiwa, di samping mengukuhkan ukhuwah Islamiah. ZAPAR akan terus komited menguruskan hasil kutipan zakat terutama untuk menyumbang kepada kestabilan sosial, memperkukuh tadbir urus Islam serta melengkapi usaha pembangunan sosioekonomi negeri secara menyeluruh.


Keberangkatan tiba baginda diiringi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. Hadir sama YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan isteri, YBhg. Datin Azrina Puteri binti Mohamed Mahyuddin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato' Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor serta YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.