MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK

SIARAN MEDIA
ZAKAT PERAK AL RIDZUAN MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK
KUALA KANGSAR, 25 Februari 2026 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM7,874,066.76 yang terdiri daripada tujuh syarikat korporat dan seorang individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Penyerahan zakat didahului Jakel Ipoh, Perak yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Ybhg Datuk Mohamed Nizam Bin Mohamed Jakel berjumlah RM300,000.00. Ia disusuli, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad diwakili oleh Pengerusi, Tuan Mohd Hasrizad Bin Zaman berjumlah RM103,845.30
Seterusnya, Menteri Besar Incorporated diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ybhg Dato’ Anuar Bin Zainal Abidin berjumlah RM1,000,000.00. Selain itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mohd Azhar Bin Mohd Yusof berjumlah RM4,553,453.46.
Kemudian, diikuti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Zulkefli Bin Abdullah berjumlah RM900,000.00. Selain itu, Royale College Of Medicine Perak yang di wakili oleh Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr. Syed Rahim Bin Syed Hamid berjumlah RM256,769.00
Selanjutnya, penyerahan zakat perniagaan SS Trend Trading yang diwakili oleh Pengasas, Tuan Muhamad Syafi Bin Md Sayuti berjumlah RM159,999.00. Penyerahan zakat yang terakhir merupakan zakat pendapatan dan simpanan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Haji Zakaria Bin A. Kadir berjumlah RM600,000.00.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Bin Zaini.
Zakat berperanan sebagai mekanisme agihan kekayaan yang adil serta pemangkin kesejahteraan sosial. Ianya bukan sekadar kewajipan, malah instrumen pembangunan ummah yang mampu memperkasa ekonomi masyarakat secara menyeluruh.

