Skip to main content

Jom Potong Zakat RM10!

Jom Potong Zakat RM10! 📢 Sertai Kempen Follow, Like & Share Kami!

Mulakan langkah mudah ke arah keberkatan dengan potongan gaji RM10 sebulan daripada pendapatan anda melalui Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) serta follow, like dan share media sosial rasmi kami.

 Sebagai tanda penghargaan, anda berpeluang menerima beg eksklusif edisi terhad! 🎁

 Sumbangan kecil anda membawa makna besar. Bersama kita menjadi teduhan buat asnaf, menyemai kasih dan keberkatan dalam setiap rezeki yang dikongsi. Ikuti langkah mudah, kongsikan penyertaan anda dan ajak rakan-rakan untuk turut serta.

Tempoh Kempen

Aktiviti Jom Potong Zakat RM10 berlangsung pada 5 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2025, bermula jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan berakhir jam 11.59 malam (23:59 MYT) setiap hari sepanjang Tempoh Kempen (“Tempoh Kempen”).

Kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap dan mempunyai akaun media sosial Facebook yang sah dan aktif
  • Membuat potongan zakat pendapatan minimum RM10.00 secara borang digital atau manual di mana-mana kaunter zakat berhampiran anda.
  • Setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan sahaja sepanjang tempoh kempen.

Cara Penyertaan

Penyertaan bagi kempen ini adalah mengikut cara berikut:

 

Aktiviti

Cara Penyertaan

Jom Potong Zakat RM10

Peserta perlu melengkapkan semua langkah berikut:

a)     Follow akaun Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.

b)     Like & Share hantaran kempen ke profil Facebook peserta dan tetapkan Public.

c)   Buat potongan gaji (zakat pendapatan) minimum RM10.00 (secara digital/ borang manual) dan komen hantaran rasmi kempen “RM10 je, tapi besar maknanya! Saya dah potong zakat pendapatan, kome bila lagi? Ringan di poket, berat di pahala’’

d)      Tag sekurang-kurangnya 5 orang kawan di ruangan komen dan tambah hashtag #JomPotong10 #ZakatPerakAlRidzuan #TeduhRezeki.

Hadiah

Beg eksklusif Zakat Perak Al Ridzuan [Aideen Stories] Edisi Terhad!

*Terhad kepada 1,500 unit sahaja

 

 

Terma & Syarat

  1. Kempen ini terbuka kepada semua yang menyertai Jom Potong Zakat RM10 melalui platform media sosial rasmi Facebook Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR).
  2. Penyertaan boleh dibuat dengan mudah di mana-mana kaunter atau aktiviti lapangan ZAPAR di seluruh negeri Perak.
  3. KLIK DISINI untuk membaca Terma & Syarat penuh Kempen Follow, Like & Share #JomPotongZakatRM10!
  4. Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ZAPAR.

Soalan Lazim

1.

Apa itu Kempen Jom Potong Zakat RM10?

Kempen ini merupakan inisiatif Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) untuk menggalakkan umat Islam membuat potongan zakat pendapatan minimum RM10 sebulan sambil berpeluang menerima Beg Edisi Khas [Aideen Stories].

 

2.

Siapa yang layak menyertai kempen ini?

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bekerja dan beragama Islam serta mempunyai akaun Facebook yang sah dan aktif.

 

3.

Saya sudah sertai Kempen “Jom Zakat RM100”, adakah saya layak dapat Beg Edisi Khas ini juga?

Ya. Peserta Kempen Jom Zakat RM100 turut layak menerima Beg Edisi Khas [Aideen Stories] sekiranya mereka melengkapkan semua langkah penyertaan Follow, Like & Share seperti yang dinyatakan dalam kempen ini.

 

4.

Bagaimana cara untuk menyertai kempen ini?

Langkah mudah:

a)    Follow akaun rasmi Facebook Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR)
b)    Like & Share hantaran rasmi kempen (tetapan Public)
c)    Buat potongan gaji (zakat pendapatan) minimum RM10 (secara digital/ borang manual) di mana-mana kaunter atau aktiviti lapangan ZAPAR
d)    Komen di hantaran rasmi: 
“RM10 je, tapi besar maknanya! Saya dah potong zakat pendapatan, kome bila lagi? Ringan di poket, berat di pahala!”
e)    Tag sekurang-kurangnya 5 rakan dan tambah hashtag: #JomPotong10 #ZakatPerakAlRidzuan #TeduhRezeki

 

5.

Di mana saya boleh buat potongan zakat pendapatan RM10?

Anda boleh berbuat demikian di mana-mana kaunter ZAPAR seluruh negeri Perak atau di aktiviti lapangan rasmi ZAPAR sepanjang tempoh kempen.

 

6.

Apa hadiah yang ditawarkan?

Peserta yang layak akan menerima Beg Edisi Khas terhad kepada 1,500 unit pertama sahaja berdasarkan konsep first come, first served.

 

7.

Bila tempoh kempen ini berlangsung?

Kempen bermula pada 5 November 2025 dan berakhir pada 31 Disember 2025.

 

8.

Bila dan di mana hadiah boleh ditebus?

Hadiah boleh ditebus serta-merta di lokasi potongan zakat (kaunter/lapangan) setelah pengesahan dibuat oleh petugas ZAPAR. Sekiranya stok habis di lokasi, peserta akan dimaklumkan tarikh atau lokasi alternatif.

9.

Adakah saya boleh menyertai lebih daripada sekali?

Tidak. Setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan dan satu hadiah sahaja.

 

10.

Apa yang perlu saya tunjukkan untuk penebusan hadiah?

a)    Bukti potongan zakat pendapatan (slip atau borang pengesahan manual); dan
b)    komen penyertaan di Facebook kepada petugas ZAPAR di lokasi.

 

11.

Siapa yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan lanjut?

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Telefon: 011-6748 9000 / 019-229 4780
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman rasmi: www.zapar.com.my